Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Kunak selain Air Terjun Madai, terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati, antaranya ialah Kolam Air Panas di Sungang, Kolam Mata Air dan Terowong Tinggalan Perang Dunia Kedua oleh Jepun di Ladang Mostyn.
Baru baru ini keluarga Kechapi telah berekreasi di Kolam Mata Air tersebut. Airnya yang sejuk, jernih dan nyaman begitu menyegarkan sehingga mampu menghiulangkan rasa penat kami. Perjalanan melalui jalan ladang yang berdebu mungkin memenatkan, namun setelah mandi dalam air kolam terasa lega. Jika anda ingin ke sana, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak ladang dan terpaksa melalui pemeriksaan serta mendapatkan pas pelawat di pintu masuk utama Ladang Mostyn. Letaknya lebih kurang 12 KM dari Pekan Kunak di tengah-tengah Ladang Kelapa Sawit Sime Darby. Kereta jenis motokar juga boleh sampai kerana jalannya yang baik walaupun jalan ladang kerana sentiasa diselenggarakan dengan sempurna oleh pihak ladang.
Semasa keluarga Kechapi ke mata air tersebut, cuaca agak baik. Oleh itu beberapa ahli keluarga yang lain dan juga orang luar telah juga datang. Biasanya kawasan kolam mata air akan menerima kunjungan pengunjung yang ramai pada hari Sabtu dan Ahad.
Bagi anda yang suka bahan sejarah serta mahu mencari temapat untuk berekreasi bolehlah berkunjung ke kolam Mata Air tersebut. Kami sedia menjadi penunjuk jalan ke sana.
Salam, Blogger kechapi
BalasPadamSeronok sakan rakan kita.
Cuti-cuti Kunak