Hari ini lebih kurang jam 4 petang maka berakhirlah Karnival Jualan Mega anjuran MARA Daerah Semporna yang turut kami sertai untuk bertemu pelanggan. Alhamdulillah, selepas dua hari di Semporna, kami berjaya bertemu dengan beberapa orang pelanggan yang sudah biasa dengan produk keluaran KECHAPI. Bagi mereka tidak menjadi masalah untuk menerima produk kami kerana telah mengetahui kualitinya. Yang menjadi perbezaannya adalah dari segi harga kerana sempena Karnival Jualan Mega ini, kami menawarkan harga promosi.
Hari pertama yang sibuk.
Bagi pelanggan baru pula, hampir kesemuanya melahirkan pengakuan ikhlas mereka tentang produk KECHAPI. Rasanya yang rangup dan enak terbukti apabila mereka terus menuturkan perkataan "Sedaap..." sebaik sahaja menjamah kepingan kerepek ubi berperisa yang dihidangkan sebagai 'tester'.
Secara ikhlas dan jujur, kami sukacitanya ingin memberi jaminan bahawa produk kami adalah dihasilkan dari bahan yang sama dengan apa yang kita gunakan dalam menyediakan makanan di rumah, yang tidak mangandungi bahan pengawet mahupun bahan terlarang yang memudaratkan kesihatan. Bahan asas produk kami adalah ubi kayu yang kami perolehi bekalannya dari petani kecil selain yang ditanam sendiri. Selain itu, kami juga menghasilkan produk kerepek berasaskan pisang.
Kak, abang, adik.... mari cuba rasa kerepek kami, pasti puas hati...
Kalau tak rasa dulu, mana tahu rasanya... best.!
Sempat juga ambil gambar kenangan sebelum tutup gerai.
Terima kasih kepada penduduk Semporna, khasnya kepada pengunjung gerai KECHAPI yang secara tidak langsung menjadi pendorong kepada kami untuk terus meningkatkan kualiti serta semangat kami meneruskan perusahaan kerepek berasaskan peretanian ini. Juga setinggi penghargaan dan terimakasih kepada pihak penganjur, Pejabat MARA Daerah Semporna kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta menjayakan karnival ini, terima kasih.
Kepada penduduk Pekan Merotai pula nantikan kunjungan kami ke tempat anda pada pertengahan Disember 2009 akan datang di Karnival Jualan Mega 2009 anjuran Mara Merotai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan