Isnin, 7 Februari 2011

PANTAI SARINA YANG KIAN LESU

DENGAR LAGU ORANG SABAH:

Pantai Sarina suatu masa dahulu adalah merupakan tempat rekreasi yang cukup terkenal dikalangan penduduk Sabah terutama di pantai timur negeri di bawah bayu ini. Setiap tahun akan dijadikan tempat lokasi Bina Insan Guru (BIG), Maktab Perguruan Sandakan. Namun kini semua itu tinggal kenangan.


Pantai Sarina yang terletak di Kg. Pangi kini boleh dikunjungi melalui jalan raya berturap. Keadaan pantai berpasir dengan terdapat beberapa bongkah batu kini sudah tercemar dengan timbunan sampah. Dilaut ceteknya terdapat serpihan-serpihan kayu, botol dan seumpamanya manakala di pantainya jelas kelihatan sampah sarap yang seakan-akan sengaja ditimbunkan. Bekas-bekas pelastik dibiar begitu sahaja, manakala pokok ditepi pantai seakan ingin menelan keseluruhan kawasan pantai.


Sebenarnya, pantai ini masih ada potensi untuk dimajukan sebagai tempat perkelahan yang menarik. Air lautnya tenang kerana dihadapannya terdapat pulau-pulau yang melindunginya dari arus Laut Sulu. Jelas kelihatan pekan Kunak terutama Pengkalan Kunak dari kejauhan. Ada keindahan di sini yang boleh dinikmati. Sayang... tidak ada penyelenggaraan.


Mungkin JKKK Kg Pangi atau mungkin Pemaju Mukim Pangi atau sesiapa sahaja, hatta pihak pengurusan sekolah SK Pangi boleh mengambil inisiatif untuk menguruskan pantai yang hanya terletak di belakang sekolah. Persatuan Pencinta Alam juga boleh mengambil peranan, begitu juga Persatuan Pengakap Kelana Daerah Kunak, yang sering mengadakan perkhemahan sedikit masa dahulu di pantai tersebut. Semoga Pantai Sarina kembali serinya suatu hari kelah.
Dengar lagu Berpacaran:

WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.

Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...