Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan


Ramadhan datang lagi. Tidah banyak aktiviti yang dapat dijalankan selain membuat persediaan seperti biasa, iaitu menyediakan kerepek kering (mentah) untuk musim perayaan yang menjelang. Ditambah lagi dengan cuaca yang tak menentu menyebabkan proses membuat kerepek agak terjejas kerana lambat kering.

Tapi tak apa, sambil menjalani ibadah puasa, cuaca yang begini sebenarnya rahmat kerana kami tidak begitu letih menahan lapar dan dahaga. Sesekali dapat juga melelapkan mata sambil menunggu kerepek menjadi kering.

Apa diharapkan agar para pelanggan yang biasanya membuat tempahan untuk Hari Raya tidak membuat tempahan pada saat akhir. Biarlah tempahan yang dibuat lebih awal supaya tidak 'kelam-kabut' menyediakannya. Kerana ada juga pelanggan yang membuat tempahan dua kali, iaitu apabila mendapati tempahan pertamanya tidak cukup. Ini biasanya berlaku pada masa Hari Raya begitu dekat. Apapun kami akan cuba untuk memenuhi semua tempahan, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua pelanggan, kami terpaksa menaikkan harga kerepek berikutan kenaikan harga bahan mentah beberapa kali sejak tahun 2009 lagi, dimana kami masih tetap bertahan dengan harga lama. Namun setelah kenaikan harga bahan mentah baru-baru ini ekoran kenaikan harga bahan api, maka kami terpaksa menaikkan sedikit harga produk tertentu kami. Walau bagaimanapun harga kami tetap murah kerana kami menjanjikan kualiti yang tetap sama malah dipertingkatkan. Pada tahun ini, kami menyediakan produk yang sesuai untuk hidangan di Hari Raya selain kerepek ubi berperisa kari, susu, lada hitam, BBQ @ ayam serta pisang manis dan masin, kami juga menyediakan satu lagi produk baru kami iaitu kerepek pisang manis pedas. Rasanya yang rengup dan enak memang sesuai untuk dijadikan hidangan snek di Aidilfitri. Tidak begitu pedas menjadikan kanak-kanak juga meminatinya.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelanggan yang setia kepada produk kami, yang tidak pernah jemu untuk terus memberi sokongan. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka puasa. Juga selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.



WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.

Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...