Rabu, 25 November 2009

KARNIVAL 1 MALAYSIA

Bermula 19.11.2009 sehingga 21.11.2009, KECHAPI telah berkampong di Tapak Dataran Kemerdekaan Kota Kinabatangan, dalam menyertai Karnival Jualan Mega MARA sempena Karnival 1 Malaysia. Selain MARA, FAMA juga menganjurkan gerai pameran Industri Asas Tani.

Selama tiga hari itu, hujan asyik turun sahaja membasahi tapak ekspo terutama pada sebelah petang. Walaupun demikian, karnival tidak sunyi dari pengunjung, lebih-lebih lagi pada hari terakhir iaitu hari perasmian karnival yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah. Pada hari tersebut berbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi majlis yang juga merupakan hari Khidmat Masyarakat Jabatan-jabatan kerajaan di Kota Kinabatangan.

Beberapa orang artis tempatan juga dijemput untuk menghiburkan pengunjung antaranya Felix Agus dan Abu Bakar Ela (Ampal). Keluarga Kechapi sempat mengbadikan kenangan bersama Ampal yang begitu mesra dan sentiasa bersedia melayan peminat walaupun kelihatan agak letih.




Karnival berakhir pada jam 1.00 petang, namun gerai Kechapi hanya ditutup pada jam 3.00 petang. Selepas berakhirnya karnival, satu lagi acara susulan diadakan di hadapan bangunan kedai di pekan Kota Kinabatangan, iaitu acara pertandingan sound system kereta. Kebetulan masa saya berkunjung ke kedai untuk membeli sesuatu, tiba-tiba saya terlihat kalibat sepupu saya berdekatan dengan sebuag kereta yang turut bertanding. Rupa-rupanya kereta tersebut adalah milik beliau (Mammi-Baju hitam dalam gambar). Keadaan pada masa itu sangat membingtkan telinga dek kekuatan bunyi yang dikeluarkan oleh sound system kereta yang bertanding. Kalau dekat, jelas terasa dada anda yang bergetar mengikut bunyi bass yang berdentum. Kuat sangat, kalau lemah jantung boleh tersungkur jadinya. Saya tak boleh lama di situ, kerana perjalanan balik ke Kunak jauh.

.

Tepat jam 4.00 petang keluaga Kechapi meninggalkan pekan Kota Kinabatangan menuju Lahad Datu. Terima kasih kepada semua pengunjung gerai kami di Kota Kinabatangan, MARA Lahad Datu, MARA Kota Kinabatangan dan MARA Sandakan. Juga tidak lupa kepada pihak Pejabat Daerah Kinabatangan, Pejabat Ahli Parlimen Kota Kinabatangan dan semua yang terlibat menjayakan karnival ini.

Sabtu, 7 November 2009

KOLAM MATA AIR MOSTYN DAN TROWONG PERANG JEPUN

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Kunak selain Air Terjun Madai, terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati, antaranya ialah Kolam Air Panas di Sungang, Kolam Mata Air dan Terowong Tinggalan Perang Dunia Kedua oleh Jepun di Ladang Mostyn.


Baru baru ini keluarga Kechapi telah berekreasi di Kolam Mata Air tersebut. Airnya yang sejuk, jernih dan nyaman begitu menyegarkan sehingga mampu menghiulangkan rasa penat kami. Perjalanan melalui jalan ladang yang berdebu mungkin memenatkan, namun setelah mandi dalam air kolam terasa lega. Jika anda ingin ke sana, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak ladang dan terpaksa melalui pemeriksaan serta mendapatkan pas pelawat di pintu masuk utama Ladang Mostyn. Letaknya lebih kurang 12 KM dari Pekan Kunak di tengah-tengah Ladang Kelapa Sawit Sime Darby. Kereta jenis motokar juga boleh sampai kerana jalannya yang baik walaupun jalan ladang kerana sentiasa diselenggarakan dengan sempurna oleh pihak ladang.


Semasa keluarga Kechapi ke mata air tersebut, cuaca agak baik. Oleh itu beberapa ahli keluarga yang lain dan juga orang luar telah juga datang. Biasanya kawasan kolam mata air akan menerima kunjungan pengunjung yang ramai pada hari Sabtu dan Ahad.


Dalam perjalanan pulang selepas seharian bermandi-manda, kami sempat singgah melihat tinggalan perang Dunia Ke 2 iaitu sebuah terowong yang dibuat oleh tentera Jepun. Terowong tersebut menuju ke dua arah yang bertentangan. Keadaannya agak gelap dan lembab. Pihak ladang telah menyediakan anak-anak tangga turun ke pintu masuk terowong kedua-dua arah. Kami tidak masuk memandangkan tiada persediaan, ditambah khuatir dengan keadaan terowong yang semakin uzur.

Bagi anda yang suka bahan sejarah serta mahu mencari temapat untuk berekreasi bolehlah berkunjung ke kolam Mata Air tersebut. Kami sedia menjadi penunjuk jalan ke sana.

KARNIVAL JUALAN MEGA SEMPORNA

Hari ini lebih kurang jam 4 petang maka berakhirlah Karnival Jualan Mega anjuran MARA Daerah Semporna yang turut kami sertai untuk bertemu pelanggan. Alhamdulillah, selepas dua hari di Semporna, kami berjaya bertemu dengan beberapa orang pelanggan yang sudah biasa dengan produk keluaran KECHAPI. Bagi mereka tidak menjadi masalah untuk menerima produk kami kerana telah mengetahui kualitinya. Yang menjadi perbezaannya adalah dari segi harga kerana sempena Karnival Jualan Mega ini, kami menawarkan harga promosi.

Hari pertama yang sibuk.

Bagi pelanggan baru pula, hampir kesemuanya melahirkan pengakuan ikhlas mereka tentang produk KECHAPI. Rasanya yang rangup dan enak terbukti apabila mereka terus menuturkan perkataan "Sedaap..." sebaik sahaja menjamah kepingan kerepek ubi berperisa yang dihidangkan sebagai 'tester'.

Secara ikhlas dan jujur, kami sukacitanya ingin memberi jaminan bahawa produk kami adalah dihasilkan dari bahan yang sama dengan apa yang kita gunakan dalam menyediakan makanan di rumah, yang tidak mangandungi bahan pengawet mahupun bahan terlarang yang memudaratkan kesihatan. Bahan asas produk kami adalah ubi kayu yang kami perolehi bekalannya dari petani kecil selain yang ditanam sendiri. Selain itu, kami juga menghasilkan produk kerepek berasaskan pisang.

Kak, abang, adik.... mari cuba rasa kerepek kami, pasti puas hati...



Kalau tak rasa dulu, mana tahu rasanya... best.!

Sempat juga ambil gambar kenangan sebelum tutup gerai.

Terima kasih kepada penduduk Semporna, khasnya kepada pengunjung gerai KECHAPI yang secara tidak langsung menjadi pendorong kepada kami untuk terus meningkatkan kualiti serta semangat kami meneruskan perusahaan kerepek berasaskan peretanian ini. Juga setinggi penghargaan dan terimakasih kepada pihak penganjur, Pejabat MARA Daerah Semporna kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta menjayakan karnival ini, terima kasih.

Kepada penduduk Pekan Merotai pula nantikan kunjungan kami ke tempat anda pada pertengahan Disember 2009 akan datang di Karnival Jualan Mega 2009 anjuran Mara Merotai.


EXPO PERDAGANGAN

Kechapi Enterprise tidak ketinggalan untuk bertemu pelanggan di beberapa tempat seluruh Sabah. Pada bulan Julai yang lalu Kechapi telah menyertai Ekspo Belilah Barangan Buatan Malaysia yang berlangsung di Tapak Ekspo 100 tahun Tawau. Beberapa pelangggan melahirkan rasa teruja dan keyakinan mereka terhadap produk keluaran Kechapi Enterprise yang ternyata boleh bersaing dalam pasaran. Beberapapelanggan telah menghubungi pihak pemasaran Kechapi untuk membuat tempahan sempena Hari Raya Aidil Fitri yang baru lalu.




Pada 31.10.2009 hingga 01.11.2009, Kechapi sekali lagi akan menyertai Karnival Jualan Mega 2009 yang dianjurkan oleh MARA Semporna. Jadi kepada pelanggan sekitar Semporna, jangan lupa temui kami di Tapak Ekspo/ Karnival D' Mara Semporna pada tarikh yang ditetapkan. Berbagai tawaran harga promosi akan diberikan kepada pengunjung kami.

Jumaat, 6 November 2009

Selamat Datang


Masih dalam proses pembikinan.

Walaubagaimana pun anda dipersilakan melayari blog tersedia berikut:

WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.

Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...