Khamis, 16 Ogos 2018

SALAM KEREPEK PISANG ALA KECHAPI

Lama tak update. Maafkan kami. Kesibukan tugas harian seakan menjadi kekangan untuk menulis. Apapun insya Allah akan diusahakan untuk update. Kami masih beroperasi seperti biasa dan masih menghasilkan produk walaupun mungkin sudah tidak mengunjungi sebarang aktiviti expo dan carnival sejak sekian sekian lama. Terima kasih buat pelanggan dan peminat setia kami. Sokongan anda semua sangatlah kami hargai dan diucapkan jutaan bahkan tak terhingga sebenarnya dari kami ucapan terima kasih. Juga terima kasih kepada agensi2 kerajaan dan berkanun yang dari dulu lagi membantu dan membimbing kami, khususnya Jabatan Pertanian Sabah Daerah Kunak dan Negeri Sabah, MID, SIRIM Berhad Negeri Sabah, FAMA, Pertubuhan PELADANG, Ko Nelayan dan banyak lagi. Maafkan kami kerana selama ini berdiam diri setelah ditimpa musibah, sehinggalah Jabatan Pertanian Sabah 'mencuit' kami dari 'tidur'. Setelah sedar, betapa jauhnya kami tertinggal oleh rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih banyak sebanyak-banyaknya kerana masih sudi mengajak kami untuk sama-sama bangkit dari keadaan 'hidup segan mati tak mahu'. SIRIM Sabah juga kami tak lupa, kerana dalam kesamaran kelibat kami, peluang dan ruang diberi sekali lagi untuk sama-sama melibatkan diri dalam program mereka. Terbaru, Progran SIRI-Praunhofer 2018 kami diajak sama. Alhamdulillah, rupanya masih ada ruang buat kami. Akhir sekali terima kasih kepada semua rakan seperjuangan khasnya rakan usahawan tani Daerah Kunak yang terus-terusan mendorong dengan memberi semangat untuk sama-sama bersaing secara sihat. Semoga kita semua maju bersama dalam satu komuniti usahawan yang tidak pentingkan diri sendiri. Jumpa lagi.

WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.

Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...