16 Mei 2011, keluarga Kechapi berpeluang sekali lagi melepaskan penat lelah dengan mengunjungi tempat rekreasi dan riadah di tanah air tercinta. Destinasi kali ini adalah Balung River Eco-resort. Perjalanan ke destinasi kali ini agak jauh kerana terpaksa melalui jalan batu krikil melalui jalan Bukit Queen. Ada dua jalan menuju ke pusat rekreasi ini, selain melalui Jln Bukit Queen, juga boleh melalui jalan kilang di Balung. Apapun seronok mengunjungi tempat-tempat sebegini. Selain sungai juga terdapat kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Isnin, 13 Jun 2011
Isnin, 7 Februari 2011
PANTAI SARINA YANG KIAN LESU
DENGAR LAGU ORANG SABAH:
Pantai Sarina suatu masa dahulu adalah merupakan tempat rekreasi yang cukup terkenal dikalangan penduduk Sabah terutama di pantai timur negeri di bawah bayu ini. Setiap tahun akan dijadikan tempat lokasi Bina Insan Guru (BIG), Maktab Perguruan Sandakan. Namun kini semua itu tinggal kenangan.
Pantai Sarina yang terletak di Kg. Pangi kini boleh dikunjungi melalui jalan raya berturap. Keadaan pantai berpasir dengan terdapat beberapa bongkah batu kini sudah tercemar dengan timbunan sampah. Dilaut ceteknya terdapat serpihan-serpihan kayu, botol dan seumpamanya manakala di pantainya jelas kelihatan sampah sarap yang seakan-akan sengaja ditimbunkan. Bekas-bekas pelastik dibiar begitu sahaja, manakala pokok ditepi pantai seakan ingin menelan keseluruhan kawasan pantai.
Sebenarnya, pantai ini masih ada potensi untuk dimajukan sebagai tempat perkelahan yang menarik. Air lautnya tenang kerana dihadapannya terdapat pulau-pulau yang melindunginya dari arus Laut Sulu. Jelas kelihatan pekan Kunak terutama Pengkalan Kunak dari kejauhan. Ada keindahan di sini yang boleh dinikmati. Sayang... tidak ada penyelenggaraan.
Mungkin JKKK Kg Pangi atau mungkin Pemaju Mukim Pangi atau sesiapa sahaja, hatta pihak pengurusan sekolah SK Pangi boleh mengambil inisiatif untuk menguruskan pantai yang hanya terletak di belakang sekolah. Persatuan Pencinta Alam juga boleh mengambil peranan, begitu juga Persatuan Pengakap Kelana Daerah Kunak, yang sering mengadakan perkhemahan sedikit masa dahulu di pantai tersebut. Semoga Pantai Sarina kembali serinya suatu hari kelah.
Ahad, 2 Januari 2011
HOT SPRING SUNGANG SAYANG TAK TERJAGA
Gambar: Papan tanda yang menunjukkan arah ke Hot Spring Sungang.
01012011, hari Sabtu, jam 0800 pagi keluarga Kechapi berangkat menuju satu lagi tempat rekriasi di Daerah Kunak. Melalui jalan menuju Ladang Tun Fuad seterusnya masuk melalui jalan menuju Ladang Sungang (melalui gate) kami tiba di lokasi lebih kurang 0830 pagi. Sesampai di jalan menuju Hot Spring Sungang, kami dapati pintu gate terkunci. Di tepi jalan persimpangan masuk terpampang papan tada 'HOT SPRING 0.5KM'. Dengan sedikit rasa kecewa, kami teruskan perjalanan dengan mengangkut barang-barang untuk berkelah dan berjalan kaki. Tak jauh, sambil menghirup udara pagi.
Sebelum itu, kami juga menyusuri jalan ladang sehingga ke persimpangan itu kerana jalan utama ditutup akibat kerosakan jambatan. Tiada masaalah pun, cuma kalau menggunakan kenderaan yang rendah, perlu perlahan dan berhati-hati kerana beberapa tempat sudah berlekuk-lekuk jalannya.
Gambar: Berjalan kaki dari persimpangan masuk ke Hot Spring.
Tiba di lokasi, terdengar kicauan burung liar dan unggas di atas pokok-pokok hutan yang sengaja di biarkan terus hidup. Terdapat papan tanda ucap 'Selamat Datang' yang menjadi penyambut tetamu selain papan tanda yang memberi ingatan bahawa meletak kenderaan adalah dibawah tanggungan resiko sendiri.
Kami terus masuk ke kawasan kolam air panas dengan menyusuri anak tangga yang telah dibina oleh pihak pengurusan ladang. Terdapat 3 pondok yang masih utuh lengkap dengan meja dan bangku. Kami meletakkan barang-barang yang dibawa bersama di atas meja dan terus menuju ke tepi kolam. Kelihatan wap air naik ke udara, sesekali tercium bau telur rebus. Malihat ke punca keluar air panas, terdapat beberapa biji telur yang ditinggalkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Di sana sini boleh kelihatan sampah yang dibuang dilantai. Sempat juga mengutip beberapa sampah dan masukkan ke beg plastik yang kami bawa. Bersebelahan kolam, mengalir anak sungai yang masih jernih airnya, tetapi dibeberapa tempat terdapat pelepah sawit kering yang jatuh ke dalam sungai.
Gambar: Airnya hangat dan jernih, sebelum di kocakkan.
Bila cuba memasukkan kaki ke kolam, terasa kehangatan airnya. Kerana tidak biasa, maka terpaksa masuk perlahan-lahan. Air masih jernih bila kami sampai, tapi setelah beberapa orang masuk ke kolam dan mengocak air, akhirnya air semakin keruh. Beberapa lama kami di sana, beberapa orang pekerja ladang yang juga berniat untuk mandi air panas, memaklumkan kami bahawa pada masa dahulu kolam itu terjaga dan selalu dibersihkan, tetapi kini sudah seperti tidak diendahkan lagi. Mungkin kerana telah bertukar pemilik/pengurusan ladang agaknya. Apapun kami teruskan aktiviti kami, dan kami tetap seronok dan gembira.
Lebih kurang pukul 1215 tengah hari, kami meninggalkan Hot Spring Sungang dengan sedikit rasa terkilan. Pertama kerana terpaksa berjalan 1KM semasa datang dan balik, kedua keadaan kolan yang tidak terjaga. Harap pihak pengurusan Ladang Sungang atau mungkin pihak lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pelancongan atau pihak Pentadbiran Daerah Kunak serta ADUN Kunak, dapat mengambil tindakan mengindahkan semula pusat rekriasi ini. Ini sesuai dengan hasrat untuk menjadikan Daerah Kunak sebagai salah satu destinansi pelancongan di Sabah. Rasanya, Daerah Kunak kerugian sekiranya tempat ini dibiar begitu saja tanpa diurus dengan sebaiknya.
Gambar: Lubang tempat keluarnya mata air panas.
Gambar: Mandi di dalam kolam air panas sememangnya lain dari mandi di kolam air biasa/sejuk.
Lagi Gambar Kechapi di Hot Spring Sungang, Kunak
Langgan:
Catatan (Atom)
WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.
Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...
-
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Kunak selain Air Terjun Madai, terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati, antaranya ialah K...
-
G ambar : Papan tanda yang menunjukkan arah ke Hot Spring Sungang. 01012011, hari Sabtu, jam 0800 pagi keluarga Kechapi berangkat menuju sat...