Khamis, 13 Mei 2010
Kerepek Keluaran KECHAPI
Ahad, 9 Mei 2010
BEREHAT DI PANTAI KUNAK JAYA (PANTAI BUANG SAYANG)
09.05.2010, sekali lagi Keluarga KECHAPI mengunjungi salah satu lokasi yang sesuai dijadikan tempat merehatkan minda sambil menikmati suasana santai. Kali ini lokasi yang dipilih adalah Pantai Kunak Jaya. Pantainya yang berbatu dengan sedikit tepian berpasir mungkin tidak seindah Pantai Port Dickson, namun cukup untuk menjadi tempat merehatkan diri dari penat bekerja. Hamparan laut yang cetek dengan dikejauhan dipagari pulau-pulau kecil mampu menghilangkan tekanan sejenak.
Pohon rendang di tepi pantai menjadi tempat berteduh.
Sementara yang lain mandi laut, yang lain lagi buat persediaan untuk makan.
Kelurga KECHAPI tiba dipantai tepat jam 09.00 pagi. Suasana sunyi tanpa keriuhan kenderaan, cuma sesekali terdengan deruman bot-bot nelayan menuju rumah mahupun lokasi penangkapan ikan mereka. Suasananya cukup nyaman dan menyegarkan. Suatu ketika, sebuah bot penduduk berdekatan lalu berdekatan tempat kami berkhemah sempat kami sapa untuk membawa kami 'jalan-jalan' sehingga ke tengah laut. Dengan senang hati pemilik bot membawa kami tanpa banyak soal, seronok juga rasanya.
Gambar ramai-ramai di Pantai Kunak Jaya.
Di belakang adalah jeti yang mula rosak.
Bang, bawa kami 'jalan-jalan' makan angin...bolehkah?
Tempat ini sebenarnya masih kurang dibangunkan. Jeti yang ada dibina terdapat beberapa kerosakan. Jalan masuk sehingga tebing sudah diturap dan mudah dilalui oleh kenderaan seperti Kancil. Ketika kami di situ ada beberapa orang yang mungkin pemilik tanah berdekatan memaklumkan bahawa ada cadangan untuk membangunkan tempat tersebut menjadi tempat pelancongan atau rekriasi.
Seronok naik bot pusing-pusing.
Jarak dari jalan besar menuju Pekan Kunak ke lokasi adalah lebih kurang 3 kilometer. Bila tiba di persimpangan sekolah SK Kunak Jaya, masuk simpang sebelah kiri melintasi jambatan dan sedikit pendakian bukit. Hati-hati kerana jalannya sempit dan berliku. Tiba di hujung jalan, carilah tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan anda sebelum menuruni cerun bertangga dan melalui tepi sebuah bangunan yang masih dalam pembaikan. Kelihatan seperti balai raya. Menurut penduduk, bangunan papan itu merupakan bekas pondok polis.
Pokok 'bonzai' semulajadi.
Makanan kena bawa sedia dari rumah.
Obor-obor yang sempat ditangkap. Awas jangan sentuh sesungutnya!
Bila berada di air, kadang-kadang ada obor-obor yang mungkin merbahaya jika tersentuh. Namun jika berwaspada, perkara tidak diingini dapat dielakkan. Bawalah bekalan makanan kerana tidak ada tempat untuk membeli keperluan. Kami sudah bersedia dengan membawa alatan untuk membakar ikan dan sayap ayam. Jadi tidak jadi masaalah. Setelah puas mandi laut, kami meninggalkan pantai lebih kurang jam 11.30 pagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.
Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...
-
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Kunak selain Air Terjun Madai, terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati, antaranya ialah K...
-
G ambar : Papan tanda yang menunjukkan arah ke Hot Spring Sungang. 01012011, hari Sabtu, jam 0800 pagi keluarga Kechapi berangkat menuju sat...