KECHAPI ENTERPRISE
KEREPEK UBI, PISANG, KEKACANG, KUIH-MUIH, MAKANAN RINGAN SABAH ASLI KUNAK.
Jumaat, 20 September 2019
WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.
Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak dan rangup, asli dan resepi asli dari Kechapi.
Kacang Disko telah dijenamakan dengan Kacang Bersalut Rempah dengan packaging zip lock yang membolehkan penggemar kacang disko menikmatinya dalam selang masa yang disukai. Boleh disimpan kerana zip lock yang kedap udara menjadikannya masih tahan lama selepas dibuka.
Jangan berlama. dapatkan produk Kechapi yang sememangnya halal serta berdaftar dengan Muslim Trade House.
Khamis, 16 Ogos 2018
SALAM KEREPEK PISANG ALA KECHAPI
Lama tak update. Maafkan kami. Kesibukan tugas harian seakan menjadi kekangan untuk menulis. Apapun insya Allah akan diusahakan untuk update.
Kami masih beroperasi seperti biasa dan masih menghasilkan produk walaupun mungkin sudah tidak mengunjungi sebarang aktiviti expo dan carnival sejak sekian sekian lama. Terima kasih buat pelanggan dan peminat setia kami. Sokongan anda semua sangatlah kami hargai dan diucapkan jutaan bahkan tak terhingga sebenarnya dari kami ucapan terima kasih.
Juga terima kasih kepada agensi2 kerajaan dan berkanun yang dari dulu lagi membantu dan membimbing kami, khususnya Jabatan Pertanian Sabah Daerah Kunak dan Negeri Sabah, MID, SIRIM Berhad Negeri Sabah, FAMA, Pertubuhan PELADANG, Ko Nelayan dan banyak lagi.
Maafkan kami kerana selama ini berdiam diri setelah ditimpa musibah, sehinggalah Jabatan Pertanian Sabah 'mencuit' kami dari 'tidur'. Setelah sedar, betapa jauhnya kami tertinggal oleh rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih banyak sebanyak-banyaknya kerana masih sudi mengajak kami untuk sama-sama bangkit dari keadaan 'hidup segan mati tak mahu'.
SIRIM Sabah juga kami tak lupa, kerana dalam kesamaran kelibat kami, peluang dan ruang diberi sekali lagi untuk sama-sama melibatkan diri dalam program mereka. Terbaru, Progran SIRI-Praunhofer 2018 kami diajak sama. Alhamdulillah, rupanya masih ada ruang buat kami.
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakan seperjuangan khasnya rakan usahawan tani Daerah Kunak yang terus-terusan mendorong dengan memberi semangat untuk sama-sama bersaing secara sihat. Semoga kita semua maju bersama dalam satu komuniti usahawan yang tidak pentingkan diri sendiri.
Jumpa lagi.
Khamis, 27 September 2012
Achah Je Tu
A FREE FRAMED PRINT is now available for every custom magazine. Check out!
Lokasi Kechapi Enterprise di Kg Cenderawasih Kunak.
Lihat Peta yang Lebih Besar
Lokasi Kechapi Enterprise di Kg Cenderawasih Kunak.
Lihat Peta yang Lebih Besar
Selasa, 8 Mei 2012
SAHABAT... KAMI MASIH MERINDUIMU
Ini adalah kunjungan kami ke Pantai Sahabat, Felda Sahabat Lahad Datu buat kali ke dua. Kali pertama kami hanya sempat mandi manda di tepi pantai.
Album: Sekitar Kunjungan Pertama kami.
Kali ini kami sempat menginap di hotel Residence Sahabat 16. Memang puas hati. Sambil menghirup udara segar dan menghilangkan serta melupakan sejenak kerja-kerja di kilang, kami bersantai sepuasnya.
Album: Sekitar Kunjungan Kedua Kami.
Album: Sekitar Kunjungan Pertama kami.
Kali ini kami sempat menginap di hotel Residence Sahabat 16. Memang puas hati. Sambil menghirup udara segar dan menghilangkan serta melupakan sejenak kerja-kerja di kilang, kami bersantai sepuasnya.
Album: Sekitar Kunjungan Kedua Kami.
Khamis, 19 Januari 2012
Isnin, 13 Jun 2011
BALUNG RIVER KAMI TAWAN
16 Mei 2011, keluarga Kechapi berpeluang sekali lagi melepaskan penat lelah dengan mengunjungi tempat rekreasi dan riadah di tanah air tercinta. Destinasi kali ini adalah Balung River Eco-resort. Perjalanan ke destinasi kali ini agak jauh kerana terpaksa melalui jalan batu krikil melalui jalan Bukit Queen. Ada dua jalan menuju ke pusat rekreasi ini, selain melalui Jln Bukit Queen, juga boleh melalui jalan kilang di Balung. Apapun seronok mengunjungi tempat-tempat sebegini. Selain sungai juga terdapat kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Isnin, 7 Februari 2011
PANTAI SARINA YANG KIAN LESU
DENGAR LAGU ORANG SABAH:
Pantai Sarina suatu masa dahulu adalah merupakan tempat rekreasi yang cukup terkenal dikalangan penduduk Sabah terutama di pantai timur negeri di bawah bayu ini. Setiap tahun akan dijadikan tempat lokasi Bina Insan Guru (BIG), Maktab Perguruan Sandakan. Namun kini semua itu tinggal kenangan.
Pantai Sarina yang terletak di Kg. Pangi kini boleh dikunjungi melalui jalan raya berturap. Keadaan pantai berpasir dengan terdapat beberapa bongkah batu kini sudah tercemar dengan timbunan sampah. Dilaut ceteknya terdapat serpihan-serpihan kayu, botol dan seumpamanya manakala di pantainya jelas kelihatan sampah sarap yang seakan-akan sengaja ditimbunkan. Bekas-bekas pelastik dibiar begitu sahaja, manakala pokok ditepi pantai seakan ingin menelan keseluruhan kawasan pantai.
Sebenarnya, pantai ini masih ada potensi untuk dimajukan sebagai tempat perkelahan yang menarik. Air lautnya tenang kerana dihadapannya terdapat pulau-pulau yang melindunginya dari arus Laut Sulu. Jelas kelihatan pekan Kunak terutama Pengkalan Kunak dari kejauhan. Ada keindahan di sini yang boleh dinikmati. Sayang... tidak ada penyelenggaraan.
Mungkin JKKK Kg Pangi atau mungkin Pemaju Mukim Pangi atau sesiapa sahaja, hatta pihak pengurusan sekolah SK Pangi boleh mengambil inisiatif untuk menguruskan pantai yang hanya terletak di belakang sekolah. Persatuan Pencinta Alam juga boleh mengambil peranan, begitu juga Persatuan Pengakap Kelana Daerah Kunak, yang sering mengadakan perkhemahan sedikit masa dahulu di pantai tersebut. Semoga Pantai Sarina kembali serinya suatu hari kelah.
Ahad, 2 Januari 2011
HOT SPRING SUNGANG SAYANG TAK TERJAGA
Gambar: Papan tanda yang menunjukkan arah ke Hot Spring Sungang.
01012011, hari Sabtu, jam 0800 pagi keluarga Kechapi berangkat menuju satu lagi tempat rekriasi di Daerah Kunak. Melalui jalan menuju Ladang Tun Fuad seterusnya masuk melalui jalan menuju Ladang Sungang (melalui gate) kami tiba di lokasi lebih kurang 0830 pagi. Sesampai di jalan menuju Hot Spring Sungang, kami dapati pintu gate terkunci. Di tepi jalan persimpangan masuk terpampang papan tada 'HOT SPRING 0.5KM'. Dengan sedikit rasa kecewa, kami teruskan perjalanan dengan mengangkut barang-barang untuk berkelah dan berjalan kaki. Tak jauh, sambil menghirup udara pagi.
Sebelum itu, kami juga menyusuri jalan ladang sehingga ke persimpangan itu kerana jalan utama ditutup akibat kerosakan jambatan. Tiada masaalah pun, cuma kalau menggunakan kenderaan yang rendah, perlu perlahan dan berhati-hati kerana beberapa tempat sudah berlekuk-lekuk jalannya.
Gambar: Berjalan kaki dari persimpangan masuk ke Hot Spring.
Tiba di lokasi, terdengar kicauan burung liar dan unggas di atas pokok-pokok hutan yang sengaja di biarkan terus hidup. Terdapat papan tanda ucap 'Selamat Datang' yang menjadi penyambut tetamu selain papan tanda yang memberi ingatan bahawa meletak kenderaan adalah dibawah tanggungan resiko sendiri.
Kami terus masuk ke kawasan kolam air panas dengan menyusuri anak tangga yang telah dibina oleh pihak pengurusan ladang. Terdapat 3 pondok yang masih utuh lengkap dengan meja dan bangku. Kami meletakkan barang-barang yang dibawa bersama di atas meja dan terus menuju ke tepi kolam. Kelihatan wap air naik ke udara, sesekali tercium bau telur rebus. Malihat ke punca keluar air panas, terdapat beberapa biji telur yang ditinggalkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Di sana sini boleh kelihatan sampah yang dibuang dilantai. Sempat juga mengutip beberapa sampah dan masukkan ke beg plastik yang kami bawa. Bersebelahan kolam, mengalir anak sungai yang masih jernih airnya, tetapi dibeberapa tempat terdapat pelepah sawit kering yang jatuh ke dalam sungai.
Gambar: Airnya hangat dan jernih, sebelum di kocakkan.
Bila cuba memasukkan kaki ke kolam, terasa kehangatan airnya. Kerana tidak biasa, maka terpaksa masuk perlahan-lahan. Air masih jernih bila kami sampai, tapi setelah beberapa orang masuk ke kolam dan mengocak air, akhirnya air semakin keruh. Beberapa lama kami di sana, beberapa orang pekerja ladang yang juga berniat untuk mandi air panas, memaklumkan kami bahawa pada masa dahulu kolam itu terjaga dan selalu dibersihkan, tetapi kini sudah seperti tidak diendahkan lagi. Mungkin kerana telah bertukar pemilik/pengurusan ladang agaknya. Apapun kami teruskan aktiviti kami, dan kami tetap seronok dan gembira.
Lebih kurang pukul 1215 tengah hari, kami meninggalkan Hot Spring Sungang dengan sedikit rasa terkilan. Pertama kerana terpaksa berjalan 1KM semasa datang dan balik, kedua keadaan kolan yang tidak terjaga. Harap pihak pengurusan Ladang Sungang atau mungkin pihak lain seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pelancongan atau pihak Pentadbiran Daerah Kunak serta ADUN Kunak, dapat mengambil tindakan mengindahkan semula pusat rekriasi ini. Ini sesuai dengan hasrat untuk menjadikan Daerah Kunak sebagai salah satu destinansi pelancongan di Sabah. Rasanya, Daerah Kunak kerugian sekiranya tempat ini dibiar begitu saja tanpa diurus dengan sebaiknya.
Gambar: Lubang tempat keluarnya mata air panas.
Gambar: Mandi di dalam kolam air panas sememangnya lain dari mandi di kolam air biasa/sejuk.
Lagi Gambar Kechapi di Hot Spring Sungang, Kunak
Rabu, 11 Ogos 2010
Salam Ramadhan
Ramadhan datang lagi. Tidah banyak aktiviti yang dapat dijalankan selain membuat persediaan seperti biasa, iaitu menyediakan kerepek kering (mentah) untuk musim perayaan yang menjelang. Ditambah lagi dengan cuaca yang tak menentu menyebabkan proses membuat kerepek agak terjejas kerana lambat kering.
Tapi tak apa, sambil menjalani ibadah puasa, cuaca yang begini sebenarnya rahmat kerana kami tidak begitu letih menahan lapar dan dahaga. Sesekali dapat juga melelapkan mata sambil menunggu kerepek menjadi kering.
Apa diharapkan agar para pelanggan yang biasanya membuat tempahan untuk Hari Raya tidak membuat tempahan pada saat akhir. Biarlah tempahan yang dibuat lebih awal supaya tidak 'kelam-kabut' menyediakannya. Kerana ada juga pelanggan yang membuat tempahan dua kali, iaitu apabila mendapati tempahan pertamanya tidak cukup. Ini biasanya berlaku pada masa Hari Raya begitu dekat. Apapun kami akan cuba untuk memenuhi semua tempahan, InsyaAllah.
Untuk pengetahuan semua pelanggan, kami terpaksa menaikkan harga kerepek berikutan kenaikan harga bahan mentah beberapa kali sejak tahun 2009 lagi, dimana kami masih tetap bertahan dengan harga lama. Namun setelah kenaikan harga bahan mentah baru-baru ini ekoran kenaikan harga bahan api, maka kami terpaksa menaikkan sedikit harga produk tertentu kami. Walau bagaimanapun harga kami tetap murah kerana kami menjanjikan kualiti yang tetap sama malah dipertingkatkan. Pada tahun ini, kami menyediakan produk yang sesuai untuk hidangan di Hari Raya selain kerepek ubi berperisa kari, susu, lada hitam, BBQ @ ayam serta pisang manis dan masin, kami juga menyediakan satu lagi produk baru kami iaitu kerepek pisang manis pedas. Rasanya yang rengup dan enak memang sesuai untuk dijadikan hidangan snek di Aidilfitri. Tidak begitu pedas menjadikan kanak-kanak juga meminatinya.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelanggan yang setia kepada produk kami, yang tidak pernah jemu untuk terus memberi sokongan. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka puasa. Juga selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Khamis, 13 Mei 2010
Kerepek Keluaran KECHAPI
Langgan:
Catatan (Atom)
WAJAH BARU, KUALITI DIPERTINGKATKAN.
Kerepek Ubi Berperisa kini berwajah baru dengan packaging 'full print', lebih menarik dan lebih tahan lama. Rasa yang lebih enak d...
-
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa di Kunak selain Air Terjun Madai, terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati, antaranya ialah K...
-
G ambar : Papan tanda yang menunjukkan arah ke Hot Spring Sungang. 01012011, hari Sabtu, jam 0800 pagi keluarga Kechapi berangkat menuju sat...